Latest Stories

Read More ...

Latest Stories

Butiran kuliah:


Tarikh: Setiap hari sabtu pertama bg setiap bulan masihi bermula januari 2014
Waktu: selepas solat maghrib
Tempat: dewan solat bawah MSSAAS aka Masjid Negeri Selangor
Info: https://www.facebook.com/masjidssaas atau http://www.mssaas.gov.my/

Biodata Ringkas Penulis Kitab Tafsir Nurul Ihsan:

Nama: Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib
Gelaran: Hj Saaid Mufti
Tahun Lahir: 1854 masihi / 1275 hijrah
Tempat Lahir: Kampong Kuar, Jerlun, Kedah
Jawatan: Khadi Jitra
Tarikh Meninggal: 22 Zulkaedah 1350 bersamaan 9 Mac 1932



Klik sini untuk lihat senarai "playlist" video

MENGENAI PENULIS


Pengenalan Penulis:

Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib dilahirkan pada tahun 1275 Hijrah bersamaan 1854 Masihi di Kampong Kuar, Jerlun, Kedah.

Anak jati Kedah ini merupakan anak yang pertama dari dua orang adik beradik. Adiknya bernama Hj Ismail. Ayahnya di gelar Omar Khatib disebabkan ketokohan beliau memberi ucapan dan menyampaikan khutbah di khalayak ramai. Hj Mohd Saaid adalah pengarang Kitab Tafsir Jawi dan Kitab Tafsir Nurul Ehsan. Kitab kitab tafsir ini masih lagi di gunakan dalam pengajian agama di negeri Kedah.

Perjalanan Hidup:

Walaupun berasal dari Kedah, Hj Mohd Saaid beliau telah menjelajah beberapa tempat semasa hayatnya. Beliau berpindah ke Changkat, Krian, Perak dan kemudiannya ke Sungai Acheh sehingga tahun 1312 hijrah. Beliau mendapat pendidikan di Patani dan juga di Mekah dan pernah di gelar Lebai Saaid.

Semasa di Changkat beliau telah membuka sekolah pondok dan mengajar di sana. Ketika diChangkat,beliau berkahwin dengan isteri pertama bernama Fatimah dan hasil perkongsian itu menghasilkan tiga orang anak iaitu: Hj Mahmud, Hj Muhammad dan Hj Ahmad. Isterinya meninggal dunia dalam usia yang muda. Kemudian beliau berkahwin dengan isteri keduanya Hjh Rahmah dari Pulau Mertajam dan mendapat lima orang anak: Abd Hamid, Hj Omar, Sofiah dan Fatimah.

Beliau berhijrah ke Kampung Kedah sebab serangan Siam keatas negeri Kedah. Ketika di Kampung Kedah beliau mengajar dipondok dan mengerjakan sawah. Disini juga beliau berkahwin dengan isteri yang ketiga Hjh Hamidah dan dianugerahkan mereka sepuluh orang anak: Hj Mustaffa, Hj Kassim,Cik Hassan,Hj Mohd Akib, Hj Hussain,Hjh Asma,Hjh Mariam,Siti Hajar,Hj Mansor dan Hj Nasir.

Pada suatu hari ketika beliau mengerjakan sawah, perwakilan dari Tengku Mahmud meminta supaya beliau pulang semula ke Kedah dengan alasan kenapa orang Kedah perlu menetap di Perak.

Kemudian beliau pulang ke Kedah dan diberi sebidang tanah di Kanchut. Beliau diberi jawatan Guru di Raja - mengajar anak anak raja. Di antara pelajaran yang diajarnya ialah tafsir.

Selepas itu beliau diberi jawatan sebagai Khadi di Jitra dan di gelar Hj Saaid Mufti. Beliau bergiat menyebarkan risalah Islam dan megajar di surau dan masjid masjid. Beliau juga telah mengarang sebuah kitab Tafsir dan kitab Fatwa yang diberi nama 'Fatwa Kedah'. Sultan juga memberi galakan kepada beliau dalam bidang penilisan.

Karya Karya:

Walaupun bilangan kitab yang dikarang tidaklah berapa banyak, namun dari sudut kualitinya tidak boleh dipertikaikan. Seorang pengkaji pernah mengikhtiraf bahawa kitab Tafsir Nurul Ehsan merupakan kitab Jawi yang terbaik di Asia Tenggara.Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mekah dan dengan izin kerajaan negeri Kedah ianya dicetak di Pulau Pinang. Kitab tafsir Nurul Ehsan sekarang berada pada warisnya Hj Abdul Hamid Hj Ahmad. Karya beliau yang kedua ialah kitab Fatwa Kedah. Kitab ini mengandungi fatwa fatwa berkaitan dengan hukum nikah cerai. Kitab tersebut pada asalnya akan diserahkan kepada imam imam, namun masih berada di tangan kerajaan negeri Kedah dan tidak dibenar dicetak.

Sifat Peribadi:

Beliau merupakan seorang yang mengambil berat tentang ilmu pengetahuan dan mendidik anak anaknya membaca dan menghafaz. Inilah yang dilakunya setiap malam sebelum tidur.

Beliau sangat mengambil berat tentang soal agama dan bahasa Arab. Beliau menghantar anak anaknya,terutama lelaki belajar diMekah. Kebanyakan anaknya dapat menguasai bahasa Arab dan mengajar agama di sekolah Arab dan sekolah menengah kebangsaan.

Beliau seorang yang tidak bercakap banyak dan bercakap hanya mengenai perkara yang penting sahaja. Dengan perwatakan sedemikian anak anak dan masyarakat setempat menghormati beliau dan disegani dengan sikapnya itu. Walaupun sibuk dengan tugas harian, beliau selalu meluangkan masa untuk menelaah serta membaca kitab.

Ia merupakan seorang mempunyai prinsip yang tersendiri dan setiap apa yang akan dilakukan berdasarkan kepada syariat agama. Begitu juga sifatnya yang lemah lembut dan mudah berbicara disenangi ramai. Kemabali ke Rahmatullah

Pada usia 75 tahun beliau masih lagi berkhidmat sebagai khadi. Ketika itu beliau mengidap penyakit lenguh sebelah badan dan untuk merubat beliau dibedah.

Selepas itu beliau dibawa pulang kepangkuan isterinya Hjh Rahmah di Jitra. Setelah beberapa hari berada di sana, beliau kembali ke Kanchut, bersama isterinya Hjh Hamidah.

Pada hari Rabu, selepas Asar, 22 Zulkaedah 1350 bersamaan 9 Mac 1932 Hj Mohd Saaid kembali ke Rahmatullah dan dikebumikan di Masjid Alor Merah, Alor Star.
Read More ...

Latest Stories



Tonton Maharaja Lawak Mega 2012 FULL Playlist youtube.com/adi8095. Semua video dimuat naik oleh youtube/Astro Gempak.

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 1 FULL


Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 2 FULL


Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 FULL



Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 4 FULL
Read More ...

Latest Stories



Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 FULL Playlist youtube.com/adi8095. Semua video dimuat naik oleh youtube/AstroGempak. Maaf sebab tidak ikut susunan.

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 4 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 6 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 7 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12 FULL
Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 13 Final FULL

Minggu 4


Minggu 5


Minggu 6


Minggu 7


Minggu 8


Minggu 9


Minggu 10


Minggu 11


Minggu 12


Minggu 13 Final
Read More ...

Latest Stories



Plankton adalah organisma yang hidup di dalam air dan tidak berupaya untuk berenang. Plankton menyediakan sumber penting dalam makanan untuk kebanyakan organisma akuatik besar, seperti ikan dan ikan paus. Habitat plankton adalah laut, sungai, tasik dan kolam. Plankton terbahagi kepada tiga kumpulan utama yang mana berbeza dari segi keupayaan dan fungsi.

Kumpulan plankton yg amat berfungsi kepada manusia dan bumi adalah Phytoplankton. Phytoplankton adalah sejenis tumbuhan mikroskopik organisma yang mendiami permukaan air. Phytoplankton membuat makanan melalui proses fotosintesis dan disebabkan itu ia mesti tinggal di atas permukaan air bagi mendapatkan cahaya. Gambar di bawah menunjukan populasi Phytoplankton di pesisiran pantai.

Gambar NASA oleh Robert Simmon & Jesse Allen berdasarkan data dari MODIS
Satu kajian oleh Dierdre Toole dari (WHOI) dan David Siegel dari (UCSB) mendapati bahan kimia yg dirembes oleh Plankton dapat menghasilkan awan. Sejenis plankton yang mana mampu membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis adalah "Phytoplankton". Plankton ini memerlukan cahaya bagi menjalankan proses fotosintesis. Plankton menepis sinar radiasi ultraungu dengan cara menghasilkan bahan kimia Dimethylsulfoniopropionate, DMSP di mana saintis percaya untuk meningkatkan ketebalan dinding cel plankton. Kemudian DMSP telah terurai di dalam air dan seterusnya menghasilkan Dimethylsulfide, DMS. DMS akan bergerak ke permukaan udara dan pada satu tahap, ianya sekali lagi terurai menjadi zarah kecil & debu. Zarah inilah yang akan mengumpul wap air di udara dan seterusnya membentuk awan.
[Sumber: www.nasa.gov]

Gambar dari davidsuzuki.org





Read More ...

Latest Stories


Kelulut, atau meliponini ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.

Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, sepertiAustralia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Saiznya kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Ia penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.

Khasiat Madu Lebah Kelulut

Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.

Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.

Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.

"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.

"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.

Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.

Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.

Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.

Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'.

Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.

"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.

"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.

[Utusan Malaysia 1 Julai 2013]


Read More ...

Latest Stories












Tag:
Zizan Razak
Zizan Rajalawak
Emma Maembong
Zizan Razak Emma Maembong bercinta
Zizan Emma bercinta
Twitter zizan
twitter emma maembong
artis bercinta
awek zizan
kekasih zizan
twitter zizan dan emma
gambar twitter zizan dan emma maembong
zizan emma maembong
zizan kahwin
zizan emma maembong kahwin
perkahwinan zizan dan emma maembong


Read More ...

Latest Stories


Biodata:
Nama Sebenar: Syed Mohd Amin Syed Hashim
Tarikh Lahir: 27 February 1954
Asal: Batu Pahat, Johor
Nama Isteri: Junaidah Johari (bekas anggota kumpulan Ideal Sisters)
Bil. Anak: 3 orang perempuan

Lirik-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.

Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.

"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.

"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.

"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.

Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.

S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.

"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.

"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.

                                                                                        [Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011]


Senarai Lagu yang telah di Tulis oleh S Amin Shahab:


Tajuk Lagu Penyanyi
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Alleycats
Setahun Sudah Berlalu Alleycats
Asyik Damasutra
Seribu Bayangan Damasutra
Umpama Mimpi dalam Mimpi Damasutra
Cinta Tujuh Keramat Data
Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff
Usah Teruskan Headwind
Kenalan Baru Headwind
Suci Dalam Debu Iklim
Di Pintu Mahligai Iklim
Selamat Tinggal Penderitaan Iklim
Kekasih Awal Dan Akhir Jamal Abdillah
Penghujung Rindu Jamal Abdillah
Melukis Matahari Joey
Bukan Senang Nak Senang Kembara
Hujan Rindu Kembara
Gadis Berpurdah Hitam Kembara
Mencurah Janji Di Daun Keladi Kembara
Panaroma Jingga Kembara
Ku Dihalaman Rindu Lefthanded
Keroncong Untuk Ana M Nasir
Di Balik Cermin Mimpi M Nasir
Pelukis M Nasir
Tanti M Nasir
Dedaun Masa M Nasir
Ghazal Untuk Rabiah M Nasir & Jamal Abdillah
Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara Mega
Masih Ada Odyssey
Langit Dan Bumi Search
Mencari Sebuah Nama Search
Pada Satu Kedudukan Search
Tumbuk Rusuk Search
Bayangan Baiduri Search
Semalam semalam Yunizar Hussein




Lakonan S Amin Shahab dlm Filem Rock 2005:




Artikel lain:
UTUSAN
HMETRO

Jika ada sesiapa yg ingin menambah senarai lagu yg ditulis oleh S Amin Shahab, sila komen diruang yg disediakan. Terima Kasih.

Tag:
koleksi lagu s amin shahab
koleksi lagu s.amin shahab
penulis lirik
bahasa puitis
penulis lirik ternama
hakikat
lagu s amin shahab
Read More ...

Latest Stories











Size: 221mb

DOWNLOAD LINK:
Tekan Sini

Game masa zaman aku sekolah rendah lg nih..
Dulu duit sekolah byk habis sebab main game ni kat cc ar..


Cara Tambah Map Half Life:

1- Pergi ke laman web yg share maps half life, atau terus ke Sini or Sini.
2-
Download maps (map mesti dlm .bsp format)
3- Extract, copy/cut maps dan paste ke folder Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\valve\maps


Cara Untuk Tambah Console (Button bwh esc button)

1- Buat Shortcut bg application hl.exe




2- Right Click shortcut yg di buat td>>> properties




3- Tambah di belakang target " -console"
Contoh:
* Asal "D:\game\Half-Life With Bots\Half-Life\hl.exe"
* Selepas "D:\game\Half-Life With Bots\Half-Life\hl.exe -console"




4- Double click & enjoy...


Cheats yg selalu aku buat.

sv_cheats 1 >>> tekan enter
restart >>> tekan enter *tunggu game reconnect/restart
bind q "impulse 101" >>> tekan enter


Cara Tambah Bilangan & Ubah Tahap SKill Bots:

1- Cari file parabots.cfg
Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\Parabot\valve\parabots.cfg

2- right-click >> properties >> change >> pilih notepad

3- double-click parabots.cfg, ubah setting dlm tu ikut kesusaian ssendiri. Kalau nk ubah bots aimskill semua dlm tu.


Cara Untuk Ubah Nama Bots:

1- cari file characters.cfg
Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\Parabot\valve\characters.cfg

2- right-click >> properties >> change >> pilih notepad

3- Double-click characters.cfg, gantikan nama ikut suka korang.


*Bawah ni nama yg aku ganti:
Read More ...

Latest Stories











Size: 221Mb

DOWNLOAD LINK:

Click here


How to add on Map Half Life:

1- Go search website that share half-life's maps, or just click Here or Here.
2- Download maps (map must in .bsp format)

3- Extract, copy/cut maps and paste to folder Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\valve\maps


How to Activate Console
(Button below esc button)

1- Create Shortcut for application hl.exe



2- Right Click shortcut of hl.exe >>> properties



3- Add target with " -console"

Example:
* Before "Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\hl.exe"
* After "Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\hl.exe -console"





4- Double click & enjoy...



Create Cheat


1- Press button below Esc on your keyboard.

2- Follow below

sv_cheats 1 >>> press enter

restart >>> press enter and wait after game reconnect/restart
bind q "impulse 101" >>> Press enter


How to add No of Bots and Adjust Bot's Skill:


1- Find file parabots.cfg

Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\Parabot\valve\parabots.cfg

2- right-click >> properties >> change >> choose notepad


3- double-click parabots.cfg, change setting as you want.



How to Change Bot's Name:


1- Find file characters.cfg

Folder Location\Half-Life With Bots\Half-Life\Parabot\valve\characters.cfg

2- right-click >> properties >> change >> choose notepad


3- Double-click characters.cfg, change name as what you want.


*Example Name I had changed.

Read More ...

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!