Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Latest Stories
Latest Stories
Tag:
Zizan Razak
Zizan Rajalawak
Emma Maembong
Zizan Razak Emma Maembong bercinta
Zizan Emma bercinta
Twitter zizan
twitter emma maembong
artis bercinta
awek zizan
kekasih zizan
twitter zizan dan emma
gambar twitter zizan dan emma maembong
zizan emma maembong
zizan kahwin
zizan emma maembong kahwin
perkahwinan zizan dan emma maembong
Latest Stories
Nama Sebenar: Syed Mohd Amin Syed Hashim
Tarikh Lahir: 27 February 1954
Asal: Batu Pahat, Johor
Nama Isteri: Junaidah Johari (bekas anggota kumpulan Ideal Sisters)
Bil. Anak: 3 orang perempuan
Lirik-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.
Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.
"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.
"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.
"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.
Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.
S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.
"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.
"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.
[Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011]
Senarai Lagu yang telah di Tulis oleh S Amin Shahab:
|
Lakonan S Amin Shahab dlm Filem Rock 2005:
Latest Stories
Apex dan bakal isterinya, Leuniey Natasha nmenyanyikan lagu hindustan dari filem Raaz berjudul, Jo Bhi Kasmein Khaayi Thi Humne di THR Gegar Pantai.
Read More ...
Bersama DJ Nazz
Lihat gambar di laman web THR Gegar : http://goo.gl/PZ7DQ
VIDEO APEX & LEUNIEY Menyanyi Lagu hindustan
Video dari youtube.com/thrgegar
Latest Stories
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 |
Ramai di laman Facebook kami menyatakan rasa terperanjat dan teruja dengan keunggulan Ziana Zain yang masih popular walaupun dalam media baru. Ziana bersaing sengit dengan Stacy - yang mempunyai kehadiran penyokong online yang tegar - dan Lisa Surihani, satu-satunya pelakon wanita yang masuk tersenarai. Hanya beberapa puluh undian memisahkan mereka, manakala dua lagi calon - Shila Amzah dan Nera, mula mengumpul lebih banyak undian sejak diberitahu mereka sedikit ketinggalan di laman Facebook semalam. Keadaan juga sengit dalam kategori Artis Lelaki Paling Popular Online pula, Faizal Tahir, Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak menduduki tiga tempat teratas setakat ini, manakala Akim dan Johan Raja Lawak hanya ketinggalan sedikit di belakang.
Sementara itu, dalam kategori Artis/Selebriti Asia Paling Popular, dapat dilihat yang pola pengundian semasa pusingan satu dan dua diulang kembali. Pada undian online pusingan pertama, Maher Zain mengungguli carta dan pada pusingan kedua,
Adi Putra sekarang berada setara dengan Shahezy Sam dalam kategori Artis Lelaki Anggun Bergaya, diikuti rapat oleh Aznil Hj Nawawi, Shah Jaszle dan Anuar Zain. Dalam kategori Artis Wanita Anggun Bergaya pula, Ziana Zain sekali lagi membuktikan popularitinya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ziana bersaing sengit dengan Erra Fazira - membawa bait-bait Sembilu, kepada yang sudah berumur dan ingat filem itu - dan Fazura, Nora Danish dan Yuna.
Apapun, sememangnya sukar diramal, siapa akan menang dan dengan tempoh pengundian sehingga Mac nanti, ternyata mana-mana calon berpeluang untuk mengungguli kategori masing-masing. Yang nyata, undian peminat sahaja yang mampu menentukan siapa menang dan siapa terpinggir.
Latest Stories
Bio-ABPBH Johan Raja Lawak
Pelawak dan pengacara popular Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak telah memenangi tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama dan pernah menjadi naib juara Maharaja Lawak (bergandingan dengan Zizan Raja Lawak.)
Johan juga giat dalam dunia filem, drama dan telemovie, termasuk telemovie Hang Pa La Hantu, Osman Berani, dan Halimah Jongang, drama seperti Rabunnya Cinta, Raja Lawak dan Semanis Janji (RTM) dan juga filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bohsia dan Raya Tak Jadi.
Sudah semestinya ramai yang mengetahui Johan Raja Lawak watak utama dalam Edisi Khas dimana rancangan tersebut telah mencatat rating lebih 3 juta penonton semenjak disiarkan di TV3 pada 7 Jun lalu. Ia menemui penonton setiap Selasa, pukul 10 malam. Nantikan kemunculan Edisi Khas musim kedua tidak lama lagi.
Pada bulan September lalu, setelah lebih sebulan mengendalikan program “Riuh Pagi Era” Johan telah ditawarkan untuk menjadi penyampai tetap di stesen radio Era.
Cara-cara untuk mengundi:
1- Klik link sini. http://bit.ly/AEozer
2- Klik Log In dgn Facebook.
3- Klik "Artis Lelaki Paling Popular Online"
4- Pilih Johan Raja Lawak
5- Klik Undi.
6- Ulangi Langkah 4 dan 5 sebanyak 9kali.
7- Buat satu lagi akaun Facebook, ulang langkah 2-6
8- Ulang langkah 2-7 sehingga 22 Mac 2012
p/s: anda boleh mengundi 5kali bg setiap hari yg seterusnya.
Yang Benar,
_______ adi8095_________
(Aku Hanya Seorang Peminat)
Johan juga giat dalam dunia filem, drama dan telemovie, termasuk telemovie Hang Pa La Hantu, Osman Berani, dan Halimah Jongang, drama seperti Rabunnya Cinta, Raja Lawak dan Semanis Janji (RTM) dan juga filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bohsia dan Raya Tak Jadi.
Sudah semestinya ramai yang mengetahui Johan Raja Lawak watak utama dalam Edisi Khas dimana rancangan tersebut telah mencatat rating lebih 3 juta penonton semenjak disiarkan di TV3 pada 7 Jun lalu. Ia menemui penonton setiap Selasa, pukul 10 malam. Nantikan kemunculan Edisi Khas musim kedua tidak lama lagi.
Pada bulan September lalu, setelah lebih sebulan mengendalikan program “Riuh Pagi Era” Johan telah ditawarkan untuk menjadi penyampai tetap di stesen radio Era.
![]() |
| Undilah Johan Raja Lawak |
Cara-cara untuk mengundi:
1- Klik link sini. http://bit.ly/AEozer
2- Klik Log In dgn Facebook.
3- Klik "Artis Lelaki Paling Popular Online"
4- Pilih Johan Raja Lawak
5- Klik Undi.
6- Ulangi Langkah 4 dan 5 sebanyak 9kali.
7- Buat satu lagi akaun Facebook, ulang langkah 2-6
8- Ulang langkah 2-7 sehingga 22 Mac 2012
p/s: anda boleh mengundi 5kali bg setiap hari yg seterusnya.
Klik sini untuk tonton koleksi Johan @ Edisi Khas
Yang Benar,
_______ adi8095_________
(Aku Hanya Seorang Peminat)














