Showing posts with label Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bacaan. Show all posts

Latest Stories


Kelulut, atau meliponini ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.

Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, sepertiAustralia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Saiznya kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Ia penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.

Khasiat Madu Lebah Kelulut

Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.

Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.

Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.

"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.

"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.

Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.

Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.

Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.

Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'.

Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.

"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.

"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.

[Utusan Malaysia 1 Julai 2013]


Read More ...

Latest Stories


Biodata:
Nama Sebenar: Syed Mohd Amin Syed Hashim
Tarikh Lahir: 27 February 1954
Asal: Batu Pahat, Johor
Nama Isteri: Junaidah Johari (bekas anggota kumpulan Ideal Sisters)
Bil. Anak: 3 orang perempuan

Lirik-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.

Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.

"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.

"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.

"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.

Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.

S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.

"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.

"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.

                                                                                        [Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011]


Senarai Lagu yang telah di Tulis oleh S Amin Shahab:


Tajuk Lagu Penyanyi
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Alleycats
Setahun Sudah Berlalu Alleycats
Asyik Damasutra
Seribu Bayangan Damasutra
Umpama Mimpi dalam Mimpi Damasutra
Cinta Tujuh Keramat Data
Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff
Usah Teruskan Headwind
Kenalan Baru Headwind
Suci Dalam Debu Iklim
Di Pintu Mahligai Iklim
Selamat Tinggal Penderitaan Iklim
Kekasih Awal Dan Akhir Jamal Abdillah
Penghujung Rindu Jamal Abdillah
Melukis Matahari Joey
Bukan Senang Nak Senang Kembara
Hujan Rindu Kembara
Gadis Berpurdah Hitam Kembara
Mencurah Janji Di Daun Keladi Kembara
Panaroma Jingga Kembara
Ku Dihalaman Rindu Lefthanded
Keroncong Untuk Ana M Nasir
Di Balik Cermin Mimpi M Nasir
Pelukis M Nasir
Tanti M Nasir
Dedaun Masa M Nasir
Ghazal Untuk Rabiah M Nasir & Jamal Abdillah
Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara Mega
Masih Ada Odyssey
Langit Dan Bumi Search
Mencari Sebuah Nama Search
Pada Satu Kedudukan Search
Tumbuk Rusuk Search
Bayangan Baiduri Search
Semalam semalam Yunizar Hussein




Lakonan S Amin Shahab dlm Filem Rock 2005:




Artikel lain:
UTUSAN
HMETRO

Jika ada sesiapa yg ingin menambah senarai lagu yg ditulis oleh S Amin Shahab, sila komen diruang yg disediakan. Terima Kasih.

Tag:
koleksi lagu s amin shahab
koleksi lagu s.amin shahab
penulis lirik
bahasa puitis
penulis lirik ternama
hakikat
lagu s amin shahab
Read More ...

Latest Stories

Senarai Forum di Malaysia:

Syok.org
Gempak.org

Jiwang.org

ILuvIslam.com
Lowyat.net

Cilok.org

JomSedut.org
CelapakIT.net
Wangcyber.com
Carigold.com

Tags:

senarai forum di dalam negara
senarai forum
senarai forum popular
senarai forum aktif
forum jana pendapatan
list forum in malaysia
list of forum
best forum
sharing forum
online money forum
best forum in the world
top forum
Read More ...

Latest Stories

Kahwin Muda - gambar hiasan

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tidur ketika bersanding - gambar hiasan

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Kahwin muda bahagia atau derita?

SUMBER: Tidak dapat dikesan
Read More ...

Latest Stories



Seni mempertahankan diri memang digalakkan dalam agama Islam.Islam adalah ajaran yang mengalakkan perdamaian, disamping menentang segala bentuk keganasan atau tindakan ganas terhadap orang-lain. Bagaimanapun digalakkan terhadap tindakan mempertahankan agama, diri, maruah, keluarga, melindungi mereka-mereka yang dizalimi mahupun juga mempertahankan harta-benda atau tanah-air.

Berikut adalah beberapa tips mempertahankan diri:

1- Apabila penyerang mula menyerang anda sila kehadapankan sedikit kaki kanan anda dan mulai memasang kuda-kuda atau memperkukuhkan kaki terutama betis dan paha anda. Dalam erti kata lain memperkukuh hentaman dari penyerang.

2- Bongkokkan badan sedaya mungkin agar penyerang tidak dapat memegang bahu atau kepala anda dan dalam masa yang sama perkukuhkan penumbuk kebahagian dada anda.

3- Kemudian lonjakkan kepala anda agar terkena bahagian dagu penyerang. Ini hendaklah dilakukan dengan pantas agar dia tidak sempat memeluk anda.

4- Selepas menyerang bahagian dagu penyerang segeralah menggunakan lutut kanan atau kiri (yang mana sempat) untuk menghentak bahagian sulit penyerang. Ingat...hentakan mestilah kuat jika penyerang terlalu tinggu maka gunakan sedikit lompatan untuk menambah upaya serangan.

5- Biasanya apabila terkena hentakan kuat dibahagian sulit, penyerang akan membongkokkan sedikit badannya bagi mengurangi rasa sakit. Dimasa ini gunakan siku untuk menghentam bahagian belakang penyerang. Jika siku anda tidak cukup kuat anda boleh menambah kekuatan dengan membuat lompatan dan pada masa yang sama menghentak belakngnya dengan siku (lompat dan hentak). Kaedah ini sebenarnya kuasa hentakan ditambah dengan berat badan yang ada pada anda.

6- Pukulan seterusnya ialah menyerang bahagian kepala dengan lutut dan menampar kuat-kuat bahagian telinga penyerang. Gunakan tenaga semua otot-otot untuk penyerangan tersebut, dan jangan mengharapkan cuma otot-otot lutut dengan tangan sahaja yang menyerang. Tenaga tambahan anda boleh dapatkan dari pinggang. So...gerakkan pinggang agar tenaga lebih dapat anda curahkan kepada penyerang.

7- Apabila penyerang terjatuh atau lost balance inilah peluang anda untuk menyerang dengan menggunakan tumit kaki atau tumit kasut ke bahagian tulang rusuk penyerang tersebut.

8- Selagi mana penyerang masih menggelupor selagi itulah anda harus serang dia dengan serangan yang bertubi-tubi dibahagian tulang rusuk. Tapi ingat...anda mungkin memerlukan pertolongan orang lain untuk memberkas penyerang yang cuba menyerang anda itu.

Secara keseluruhannya, seni mempertahankan diri adalah cara yang baik bagi wanita untuk memperkasakan diri mereka sendiri.Tapi jika tiada siapa-siapa berhampiran anda untuk membantu anda memberkas penyerang ini, cukuplah sekadar lari meninggalkan penyerang tersebut. Atau dengan kata lain terserah kepada anda apa nak buat.Semoga bermanfaat..


SUMBER: Facebook
Read More ...

Latest Stories



Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.


Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."


PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -


PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -


PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -


PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."


PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -


PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." -


PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -


PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...


SUMBER: Tidak dapat di kesan
Read More ...

Latest Stories

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul "The Amazing Fact of Human Body" mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

SUMBER: Tidak dapat di kesan
Read More ...

Latest Stories


Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?
Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.

DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
  1.  Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
  2. Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
  3. Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
  4. Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
  5. Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
  6. Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.

Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.

Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-

Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

Ada juga lelaki yang ingin melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh nafsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.

Setelah merogol dan melepaskan nafsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.

Pesanan kepada kaum wanita:
Jangan naikkan nafsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.

Pesanan kepada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas nafsu seks semata.
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.



SUMBER: Tidak dapat di kesan.
Read More ...

Latest Stories


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia

Spesifikasi Teknikal


DenominasiSubstratUkuranWarna
RM100Kertas150mm X 69mmUngu
RM50Kertas145mm X 69mmHijau-biru
RM20Kertas145mm X 65mmJingga
RM10Kertas140mm X 65mmMerah
RM5Polimer135mm X 65mmHijau
RM1Polimer120mm X 65mmBiru

Video Korporat:




Wang kertas RM100 (Keajaiban Alam Semula Jadi)


Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.




Wang kertas RM50 (Pertanian dan Teknologi)



Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.



Wang kertas RM20 (Hidupan Laut)



Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.



Wang kertas RM10 (Flora)



Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.



Wang polimer RM5 (Hidupan Liar)



Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.



Wang polimer RM1 (Sukan Tradisional)



Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.



Tags:
  • wang kertas baru
  • duit baru
  • 2011
  • 2012
  • bank negara duit baru
  • bank negara Malaysia
  • note kertas baru
  • syilling baru
Read More ...

Latest Stories

Para pembaca budiman, fenomena mengaku menjadi Nabi @ Rasul bukan perkara baru dalam agama dan masyarakat kita. Termasuklah kes Nabi @ Rasul Palsu Puan Maryam bt Ahmad Shaharudin ini. Sebelum ini beliau pernah mengaku menjadi nabi Isa AS. Tetapi 'kononnya' setelah dinaikkkan ke makam yang lebih tinggi, beliau mendakwa dilantik oleh Allah sebagai Rasul Perempuan Melayu pula. Beliau pernah dikenakan tindakan oleh JAIP atas dakwaannya itu. Tetapi, beralih angin pula ke Selangor. Kini operasionalnya berpusat di Ampang dan Lembah Klang. Tuan Blog sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Dan pendedahan kepada pihak berwajib telahpun dibuat. Namun memandangkan aktiviti Rasul Palsu ini semakin berleluasa dalam menyesat dan memesongkan pegangan umat Islam. Maka sekali lagi Tuan Blog terpanggil untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan beliau.

Berikut merupakan dakyah yang disebarkan oleh beliau:

1)  Mengaku sebagai Rasul Perempuan Melayu yang diutuskan oleh Allah SWT. Buktinya, beliau mengatakan : "Saya dengan ini mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dengan bukti dan petunjuk ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa di dunia ini boleh mengatasi apa jua kuasa yang Allah berikan kepada saya yang membuatkan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mengambil apa jua tindakan terhadap saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah. Begitulah cara Allah membuktikankebenaran saya sebagai Rasul Allah untuk difahamkan kepada semua yang membaca email ini.( Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 30 hb. September, 2008 : email yg di hantar kepada Tuan Blog).

Meriam mendakwa lagi : "Bukan mudah menjadi Rasul, terutama perempuan pula. Jika tidak kerana Allah membela, melindungi, menyayangi saya, tak tahulah bagaimana untuk saya berhadapan dengan anda yang begitu kejam menghina saya tanpa sebab." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 September 2008)


2)  Menyifatkan sesiapa yang tidak menerima kerasulan beliau akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Buktinya : "Untuk makluman semua tidak ada gunanya lagi sesiapa jua melawan dan menentang apa jua yang saya bawa dari Allah ini untuk kita semua saksikan bagaimana akhirnya Allah membuka mata anda semua untuk membolehkan anda semua melihat kebenaran dari Allah yang saya bawa ini. Terus terang saya katakan inilah masanya kamu semua yang selama ini menidakkan kebenaran saya dapat melihat dengan mata kepala kamu semua bagaimana laknat Allah menimpa kamu semuayang sampai sudah tidak mahu menerima kebenaran saya ini.


3)  Mendakwa Islam telah diselewengkan oleh Dajal 7 Anti Hadis. Buktinya : "Tak perlulah takut sebab saya bukan bawa apa jua ajaran agama yang lain atau yang baru tetapi ajaran yang sama seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Untuk makluman semua ajaran yang Allah sampaikan menerusi Nabi Muhammad telah habis semua sekali diselewengkan oleh dajal sejak ujudnya kitab dajal yang bernama hadis. Sejak itulah kita semua dalam kesesatan." Meriam mendakwa lagi : "Sebenarnya yang buruk itu, yang hina itu adalah agama dajal; bukan agama Islam agar anda semua fahamkan apa yang saya perangi selama ini bukannya ajaran dan agama Islam, tetapi ajaran dan agama dajal yang kita anuti sejak 700 ( tujuh ratus) tahun dahulu."
(Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 23 hb. September, 2008, email kpd Tuan Blog)


4)  Mencela Institusi Agama : Buktinya, beliau mengatakan : "Khas buat Jabatan Agama Islam Perak: Saya amat tahu apa yang saya lakukan ini hanyalah drama yang Allah perlu pentaskan. Jadinya jangan bimbang bila JAIP saya saman. Tidak ada apa jua jalan lagi untuk kes ini dibawa ke mahkamah melainkan hanya dengan cara ini sahaja. JAIP pernah mendakwa saya bukan menurunkan kata-kata Allah pada tahun 1994 dahulu. Allah benarkan JAIP berbuat begitu sebab Allah ada perancanganNya membenarkan JAIP berbuat begitu. Untuk makluman semua sebabnya adalah begini, dengan apa yang JAIP lakukan itu memberikan peluang kepada saya untuk menyaman JAIP. Ini semua hanya lakunan Allah sahaja. Allah sebenarnya mahukan kebenaran saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan diumumkan menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah. Satu-satunya jalan yang ada ialah menyaman JAIP." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 Sept 2008)

Malah, Meriam turut mengecam JAKIM dan para Mufti yang lain di negara ini. Tuan Blog akan memperjelaskan beberapa provokasinya. Insya Allah.


5) Lebih jelas lagi Rasul Palsu ini selalu mendakwa diakhir emailnya:

Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan


Read More ...

Latest Stories

PUTRAJAYA: Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Dalam e-mel terbaru bertajuk 'Bukti saya sebagai rasul perempuan dan tugas saya yang dimajukan sendiri oleh Meriam' kepada Harian Metro semalam tetapi ditulis kelmarin, wanita yang pernah mendakwa sebagai Imam Mahdi pada 1993 itu menggunakan tiga petikan ayat suci al-Quran untuk menegakkan benang basahnya.

Dia terpaksa berbuat demikian selepas menerima kritikan bertalu-talu daripada umat Islam yang berang dengan perbuatan hinanya selepas didedahkan akhbar ini kelmarin.

Selain tidak mengaku perbuatannya bertentangan dengan Islam, Meriam turut menyalahkan golongan ulama yang didakwa kononnya menyebarkan ajaran 'salah'.

Meriam juga sanggup memutarbelitkan ayat 14, Surah at-Taubah yang berbunyi: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman."

Kamu dalam ayat itu didakwa Meriam merujuk kepada dirinya.

Lebih keji, Meriam turut memutarbelitkan ayat 40, Surah al-Ahzaab yang mendakwa ayat terakhir itu merujuk sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa dan boleh berbuat apa saja yang dikehendaki, justeru dakwaannya sebagai rasul wanita tidak boleh dik e t e p i k an .

Biarpun majoriti pengirim e-mel mengkritik Meriam, termasuk menyuruhnya bertaubat, dakyah itu perlu dibendung oleh Jabatan Agama Islam Perak supaya tiada umat Islam terpesong.

Seorang pengirim e-mel sambil menasihatkan Meriam kembali ke pangkal jalan mendedahkan, seorang daripada tiga rasul lain yang dimaksudkan Meriam iaitu Neale Donald Walsch bukan beragama Islam.

â€Å“Saya sudah baca biodatanya di laman webnya. Dia bukan seorang Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Messenger Of God (utusan Tuhan)," katanya.

Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul Tuhan.

Meriam dalam emel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain dia sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.

Pada 1993, akhbar melaporkan, Meriam, seorang bekas guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, mendakwa beliau dipilih sebagai Imam Mahdi bagi mengingatkan masyarakat Islam supaya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Sebelum itu, akhbar melaporkan polis sudah mengeluarkan dua waran tangkap ke atas Meriam kerana gagal hadir di Mahkamah Syariah bagi menghadapi tuduhan menyebar ajaran sesat.

Read More ...

Latest Stories

AMARAN!!! Sila baca sehingga tamat.

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

SUMBER: tidak dapat di kesan
Read More ...

Latest Stories


*Gambar sekadar hiasan

Soalan:

Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

Jawapan:

Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga". (Surah an-Nahli ayat 72)

Firman Allah (mafhumnya), "Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T." (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.

Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, "Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta."


Penggunaan Jin Menurut Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Jin Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

  • Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
  • Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
  • Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Read More ...

Latest Stories

Naruto Shippuden


Mesej & Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto

Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?. Mungkin ramai yang tak mengenalinya, dia adalah seorang mangaka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini. Saya adalah salah satu peminat cerita mangaNARUTO ini, kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.

Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAL/ANTICRIST dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni. OK, senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.ra yang perlu anda tahu dalam NARUTO:


Akatsuki




ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai 

oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.
Tobi

2) TOBI = TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernamaUCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.

Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’:

Screenshot dari Mangga

3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.

Raksasa Ekor 10


Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol:
Mata Jubbi


ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?

Pain atau nama sebanarnya Nagato adalah ketua AKATSUKI, mempunyai MATA DEWA (Rinnegan)dalam agama Buddha dan mesir, mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Dihasut oleh MADARA.



MATA DEWA (Rinnengan)
Rinnengan
Dewa Mata


Ini pula adalah simbol ILLUMINATI: SAMA? ya SAMA.

PAIN yang sama dengan “Horus” The One-Eyed Sun God (TUHAN MATAHARI “RA” sebutan mesirnya).

5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni. Menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA. Mari tengok.


Logo Hexagram Satanism

LOGO HEXAGRAM SATANISM.


ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??

Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan, iaitu bahawa kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang. Watak-watak ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri. Sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL, PAIN yang mirip akan Horus (DEWA MATAHARI), dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.

Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan, dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan. Ianya sama sahaja seperti kisah Al-Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yang dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupun secara kebetulan je terjadi sedemikian.

Nasihat aku la, sebelum kita menyebarkan atau menerima sesuatu seperti notes, video, gambar dan sebagainya atau share apa-apa kat Facebook. Jangan la mudah percaya bulat-bulat benda tu, tengok dulu macam mana, dapat diterima dek akal atau tak, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkannya.

SUMBER:  http://gempakzsiot.com/mesej-dan-unsur-illuminati-dalam-cerita-naruto/
Read More ...

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!