Hari demi hari,KuasaMelayu.org semakin dikenali ramai,ramai kawan-kawan dan sahabat sahabat dari jauh dah mula register dan menggunakan kuasamelayu.org,aku telah buat banyak perubahan kepada KM Community,masalah demi masalah dpat diselesaikan.System ini amat berlainan dari PHP-Nuke yang pernah aku gunakan dalam membina skinheads.com.my..walaupun agak susah untuk difahami..tetapi aku dapat juga memahami segala code walaupun kena banyak Google merata tempat.ada orang tanya..kenapa susahkan diri buat web ni..kenapa buang duit buat web? jawapan untuk soalan itu adalah..aku ada perjuangan..aku ada cita cita..aku ada sahabat handai..aku ada orang yang sentiasa memberi semangat..aku ada kawan kawan di kuasamelayu.org yang cuba bersungguh untuk naikkan community..kerana tanggungjawab dan semangat mereka..membuat aku terus berada dalam dunia ni..
Arwah Nurul (Skingirlmelayu) dalam satu perbualan kami :
Nurul : "Belon hang dah buat web ka? boring la aku"
Aku : "skinheads.com.my pon down aku macam tak semangat la nak buat web,nanti down pulak pasal financal problem and tadak support financially"
Nurul : "tak pa belon hang buat saja,aku ada berapa aku bagi kat hang"
Aku : "biar betul noon,ada ka orang nak masuk? nanti depa tamau masuk takut down lagi"
Nurul : "biar la diorang tanak masuk,aku dan ramai lagi yang nak masuk yang suka dengan hasil kerja hang"
Aku : "ok! aku beli hosting..aku buat balik! kita kasi gempak kali nih! hahahhaa"
Nurul : GO BELON!
Aku : hahahahahhahaa
maka aku pon check domain skinheads.com.my,tapi ada satu badigol samdol pompuan nama tengku apa tah dah ambik..aku contact dia..dia nak jual kat aku 5k! kepala hotak dia! aku yang naikkan domain tuh..bila dah famous dia nak jual kat aku sampai 5k..mak aihsss..gila kejam..dasar capitalist! nak guna domain aku buat business katanya..zzzzzzzzz..takpa aku pon tanya Azmeer..apa domain kita nak pakai kali ni..Azmeer lagu dialah macam macam domain merapu dia bagi kat aku..kerja bergelak aja..maka aku pun ambik keputusan sebelah bincang ngan ababil dan azmeer..aku kata kita ambik KuasaMelayu.org..maka bermulalah kuasamelayu.org..
sekarang KuasaMelayu.org dah bertahan selama 2 tahun (start dari silentsympathy.org) sebab nama tak berapa cun kami tukar ke kuasamelayu.org..dan aku pon telah renew semuanya untuk lagi 2 tahun..maka dengan ini web ini akan bertahan lagi 2 tahun InsyaAllah..sedar tak sedar rupanya web ni banyak juga hit dia..aku ingatkan tak ramai orang akan masuk...sekarang cuma masanya untuk cari quality user dan juga user user yang active serta boleh banyak contribute content..aku tau akan ada juga nanti..skinheads.com.my dulu macam ni jugak..mula mula sunyi..makin lama makin meriah..InsyaAllah..kali ini dengan concept ROCK AGAINST ZIONISM! harap dapat banyak lagi sokongan dan manfaat..orang sekarang kurang rajin membaca aku tengok..banyak suka tengok video apa semua..zaman dah berubah..jadi aku pon ada ubah concept kat kuasamelayu.org ni..banyak function video / mp3 yang boleh stream terus...tutorial pon banyak guna video sekarang..tapi sebenarnya..aku ingin galakkan orang membaca kembali..membaca tuh penting...tak semua benda boleh kita faham dengan sekadar melihat dan mendengar..perlu ada bacaan susulan untuk dapat lagi details..
Lead Developer,
Belon
Northern Lion Admiral
Categories:
KuasaMelayu.org


