Latest Stories



Pengasas laman perkongsian fail Megaupload merupakan salah seorang pemain terbaik Call of Duty: Modern Warfare 3.

Malangnya bagi Kim Dotcom, beliau tidak lagi berada di dalam permainan.

Dotcom telah telah ditangkap di rumah agamnya di New Zealand, atas tuduhan merugikan pemegang hak cipta sebanyak 500juta dollar dengan memudahkan berjuta-juta muat turun percuma. Hal ini memastikan dia terikat dalam mahkamah, yang bermakna dia tidak melakukan apa yang mana-mana peminat permainan video tegar harus lakukan: melindungi skor tertingginya.

Dotcom atau Kim Schmitz, bermain Call of Duty: Modern Warfare 3 di bawah nama pengguna MEGARACER. Dan menjelang malam tahun baru, MEGARACER berjaya menjadi pemain nombor 1 di dunia.

Disebabkan tindakan undang-undang, dia jatuh ke tempat nombor 2, yang dirampas oleh seorang lagi pemain dangan nama pengguna Azaros yang sudah pasti bukan di penjara. Melihat bagaimana Dotcom dinafikan ikat jamin - kerana dia 'dicopkan' extreme flight risk - ia kelihatan seperti skor Azaros adalah cukup selamat buat masa sekarang.

Tidak semua orang berasa kasihan terhadap Dotcom. Walaupun beliau menafikan dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab untuk satu operasi cetak rompak hiburan terbesar di dunia, gaya hidup mewah beliau telah menjadi titik tumpuan penyiasatan. Terima kasih kepada populariti Megaupload, pihak berkuasa percaya dia mempunyai kira-kira 175juta dollar dalam aset.

Di samping karya seni mahal dan satu koleksi kereta mahal - termasuk Cadillac 1959 merah jambu dan Rolls Royce Phantom - beliau dilaporkan memiliki kolam renang yang dipenuhi dengan air musim bunga yang diimport. Apa yang lebih hebat? Satu dinding seluruh rumah agam itu dilengkapi dengan tujuh skrin HD 60-inci, masing-masing dengan konsol Xbox 360 sendiri dan Lazyboy recliner. That's some serious man-caving!





SUMBER: Games.Yahoo

Categories:

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!