| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 |
Ramai di laman Facebook kami menyatakan rasa terperanjat dan teruja dengan keunggulan Ziana Zain yang masih popular walaupun dalam media baru. Ziana bersaing sengit dengan Stacy - yang mempunyai kehadiran penyokong online yang tegar - dan Lisa Surihani, satu-satunya pelakon wanita yang masuk tersenarai. Hanya beberapa puluh undian memisahkan mereka, manakala dua lagi calon - Shila Amzah dan Nera, mula mengumpul lebih banyak undian sejak diberitahu mereka sedikit ketinggalan di laman Facebook semalam. Keadaan juga sengit dalam kategori Artis Lelaki Paling Popular Online pula, Faizal Tahir, Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak menduduki tiga tempat teratas setakat ini, manakala Akim dan Johan Raja Lawak hanya ketinggalan sedikit di belakang.
Sementara itu, dalam kategori Artis/Selebriti Asia Paling Popular, dapat dilihat yang pola pengundian semasa pusingan satu dan dua diulang kembali. Pada undian online pusingan pertama, Maher Zain mengungguli carta dan pada pusingan kedua,
Adi Putra sekarang berada setara dengan Shahezy Sam dalam kategori Artis Lelaki Anggun Bergaya, diikuti rapat oleh Aznil Hj Nawawi, Shah Jaszle dan Anuar Zain. Dalam kategori Artis Wanita Anggun Bergaya pula, Ziana Zain sekali lagi membuktikan popularitinya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ziana bersaing sengit dengan Erra Fazira - membawa bait-bait Sembilu, kepada yang sudah berumur dan ingat filem itu - dan Fazura, Nora Danish dan Yuna.
Apapun, sememangnya sukar diramal, siapa akan menang dan dengan tempoh pengundian sehingga Mac nanti, ternyata mana-mana calon berpeluang untuk mengungguli kategori masing-masing. Yang nyata, undian peminat sahaja yang mampu menentukan siapa menang dan siapa terpinggir.
Categories:
Hiburan


