Latest Stories


KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah:

UTARA:
  • Pantai Pasir Panjang (Perak);
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); 
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); 
  • Menara Alor Setar (Kedah)
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis) 


PANTAI BARAT:
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
  • Bukit Melawati (Selangor)
  • Pulau Angsa (Selangor) 
  • Bukit Jugra (Selangor)
  • Balai Cerap (Selangor) 
  • Sabak Bernam (Selangor)
  • Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

SELATAN
  • Pontian Kecil di Johor
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka)

PANTAI TIMUR
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
  • Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu)
  • Pulau Perhentian (Terengganu) 
  • Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu)
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)
  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan)
  • Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan)
  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang)
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
  • Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)

BORNEO:
  • Tanjung Lubang, Miri (Sarawak)
  • Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  • Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, (Sabah)
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA

Categories:

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!