Latest Stories

Yusry, Lisa naik pelamin 2012

Oit, oit, btul ka ni? Macam tak percaya ja..



KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan. -Berita Harian


Komen Lisa dan Yusri:  SUMBER

Lisa:
“Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.“Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status perhubungan ini,” ujarnya yang bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul Ular.

Yusri:
“Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula.
“Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama,” kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, di sini, Isnin.


Koleksi Gambar: Sumber Pak Cik Google




Categories:

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!