Latest Stories



Seni mempertahankan diri memang digalakkan dalam agama Islam.Islam adalah ajaran yang mengalakkan perdamaian, disamping menentang segala bentuk keganasan atau tindakan ganas terhadap orang-lain. Bagaimanapun digalakkan terhadap tindakan mempertahankan agama, diri, maruah, keluarga, melindungi mereka-mereka yang dizalimi mahupun juga mempertahankan harta-benda atau tanah-air.

Berikut adalah beberapa tips mempertahankan diri:

1- Apabila penyerang mula menyerang anda sila kehadapankan sedikit kaki kanan anda dan mulai memasang kuda-kuda atau memperkukuhkan kaki terutama betis dan paha anda. Dalam erti kata lain memperkukuh hentaman dari penyerang.

2- Bongkokkan badan sedaya mungkin agar penyerang tidak dapat memegang bahu atau kepala anda dan dalam masa yang sama perkukuhkan penumbuk kebahagian dada anda.

3- Kemudian lonjakkan kepala anda agar terkena bahagian dagu penyerang. Ini hendaklah dilakukan dengan pantas agar dia tidak sempat memeluk anda.

4- Selepas menyerang bahagian dagu penyerang segeralah menggunakan lutut kanan atau kiri (yang mana sempat) untuk menghentak bahagian sulit penyerang. Ingat...hentakan mestilah kuat jika penyerang terlalu tinggu maka gunakan sedikit lompatan untuk menambah upaya serangan.

5- Biasanya apabila terkena hentakan kuat dibahagian sulit, penyerang akan membongkokkan sedikit badannya bagi mengurangi rasa sakit. Dimasa ini gunakan siku untuk menghentam bahagian belakang penyerang. Jika siku anda tidak cukup kuat anda boleh menambah kekuatan dengan membuat lompatan dan pada masa yang sama menghentak belakngnya dengan siku (lompat dan hentak). Kaedah ini sebenarnya kuasa hentakan ditambah dengan berat badan yang ada pada anda.

6- Pukulan seterusnya ialah menyerang bahagian kepala dengan lutut dan menampar kuat-kuat bahagian telinga penyerang. Gunakan tenaga semua otot-otot untuk penyerangan tersebut, dan jangan mengharapkan cuma otot-otot lutut dengan tangan sahaja yang menyerang. Tenaga tambahan anda boleh dapatkan dari pinggang. So...gerakkan pinggang agar tenaga lebih dapat anda curahkan kepada penyerang.

7- Apabila penyerang terjatuh atau lost balance inilah peluang anda untuk menyerang dengan menggunakan tumit kaki atau tumit kasut ke bahagian tulang rusuk penyerang tersebut.

8- Selagi mana penyerang masih menggelupor selagi itulah anda harus serang dia dengan serangan yang bertubi-tubi dibahagian tulang rusuk. Tapi ingat...anda mungkin memerlukan pertolongan orang lain untuk memberkas penyerang yang cuba menyerang anda itu.

Secara keseluruhannya, seni mempertahankan diri adalah cara yang baik bagi wanita untuk memperkasakan diri mereka sendiri.Tapi jika tiada siapa-siapa berhampiran anda untuk membantu anda memberkas penyerang ini, cukuplah sekadar lari meninggalkan penyerang tersebut. Atau dengan kata lain terserah kepada anda apa nak buat.Semoga bermanfaat..


SUMBER: Facebook

Categories: , , ,

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!