Latest Stories


Entri ini di ambil dari EJAWI.NET. Hanya gambar bagi paparan keyboard dan cara guna di edit & di tambah oleh adi8095.


Keyboard Jawi

Nama Keyboard : Arab Jawi
Penerbit : Ejawi.net
Tahun Dikeluarkan : 2009
Versi : 3.0
Saiz Fail : 242kb
Format Fail : .zip
OS Platform : Windows XP, Vista

Keterangan : Susun atur keyboard ini berdasarkan kepada cadangan awal peringkat jawatankuasa teknikal untuk penyelarasan susun atur keyboard jawi di bawah seliaan SIRIM. Susun atur ini mengekalkan hampir kesemua kedudukan huruf-huruf arab dan menambah huruf-huruf jawi dengan menekan butang Shift+huruf.

Huruf jawi pada keyboard anda.

Huruf jawi pada keyboard anda apabila menekan shift+huruf

Font Jawi

Nama Font : Arabic Typesetting
Format Fail : .ttf

Keterangan : Untuk membolehkan komputer anda memaparkan tulisan jawi, anda memerlukan font yang menyokong kesemua huruf-huruf jawi. Sekiranya komputer anda tidak dapat memaparkan tulisan jawi dengan baik, anda boleh muat turun font ini. (nota : bagi pengguna yang menggunakan OS selain Windows XP SP2, Vista dan ke atas.

Cara nak Guna:

1- Download dan install keyboard jawi dan font jawi.
2- Klik EN yg berada pada tray icon sebelah jam dan tarikh.
3- Pilih AR Arabic (Iraq)
Cara pilih font jawi
4- Anda sudah boleh menaip tulisan jawi pada keyboard.
5- Untuk menaip tulisan rumi, klik AR di sebelah icon tray anda, dan pilih EN English (United States).


DOWNLOAD: 
Font Jawi

p/s: terima kasih kepada ejawi.net

SUMBER: EJAWI.NET

Categories: ,

One Response so far.

  1. hajar says:

    saya tak boleh nak download.. boleh bantu saya?

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!