Latest Stories







Aku ni sebenaqnya x pernah pun mkn kuih ni.. Cuma dah lama duk dengaq yang kuih serabai astaka taman tun sardon sedap.. Mak dgn ayah aku pernah p mkn sana, depa kata memang sedap. Dapat mkn plak yg baru goreng/masak dgn cicah kuah kaya pekat dia tuh,, fuhh.. PM kita Najib pun pernah p "breakfast" kat situ siap masuk berita TV1. Dalam Kosmo pun ada pernah masuk. Kat bawah ni ada video yg aku capture rancangan Sarapan 2013 masa depa p mkn kat situ.

Nama Kedai: Serabai Istimewa Tun Sardon
Lokasi: Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang.

Video Kuih Serabai Taman Tun Sardon dlm rancangan Sarapan 2013 TV3 atau layari www.tonton.com.my search "sarapan 2013" episod 27.




Laporan Kosmo:

SESEKALI berpeluang menikmati kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang, ternyata ia memberi satu pengalaman yang sangat menarik. Percaya atau tidak, dengan sekeping kuih sudah cukup membuatkan anda berasa kenyang.

Tanyalah kepada sesiapa sahaja di negeri ini, kuih serabai seringkali menjadi pilihan ramai pelbagai lapisan masyarakat sebagai hidangan sarapan pagi.
Berbentuk bulat dan leper, kuih serabai enak dimakan atau dicicah bersama kaya atau dicampur dengan isi buah durian. Namun proses membuat serabai tidak mudah kerana ia mengambil masa sehingga 24 jam.

Menurut penjual kuih serabai, Jamaliah Hassan, 51, walaupun hanya menggunakan bahan-bahan ringkas iaitu beras, santan dan yis tetapi proses pembuatan kuih tersebut mengambil masa yang agak lama.
"Nak buat kuih ini bukan mudah. Hanya orang yang sabar dan mahir sahaja boleh membuatnya. Bagi memastikan beras benar-benar kembang ia perlu direndam semalaman.
"Beras pulut yang sudah kembang akan dikisar dan dicampur dengan santan," katanya kuih itu hanya mengambil selama tiga minit untuk dimasak. Menyentuh perniagaan warisan itu kata Jamaliah, semuanya bermula daripada arwah ibunya, Zaiton Hassan yang merupakan seorang pembuat kuih warisan itu suatu ketika dulu.

Beritahu Jamaliah, keputusan untuk mewarisi bisnes ibunya kerana beliau tidak mahu resipi yang diwarisi oleh keluarganya pupus begitu sahaja.
"Siapa yang akan mewarisi perniagaan ini kalau bukan kami. Sehubungan itu, saya bersama kakak, Jamilahton Hassan, 54, mengambil kesempatan meneruskan perniagaan bersama-sama sejak tiga dekad lalu.
"Pada mulanya kami hanya melakukan kerja-kerja pembuatan kuih ini secara manual tanpa peralatan elektrik termasuklah proses menumbuk beras dan membakar di atas dapur kayu," katanya ketika ditemui di gerai yang terletak di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor.
Beritahu Jamaliah, kecanggihan teknologi hari ini turut memberi perubahan terhadap proses pembuatan kuih serabai seperti penggunaan mesin pengisar elektronik.
"Alhamdulillah, setakat ini kami mempunyai pelanggan tetap daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta," ujarnya.

Berkat kegigihan dua beradik itu mengendalikan perniagaan bersama, mereka kini mampu menyediakan kira-kira 600 hingga 3,000 keping serabai sehari dengan menggunakan 20 kilogram (kg) beras.
Apakah keistimewaan kuih serabai? Ia bukan sahaja dimakan pada awal pagi, malah dijadikan hidangan wajib sama ada pada hari kematian atau kenduri arwah.
Justeru, tidak hairanlah jika kuih serabai terkenal sebagai kuih mayat dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri itu.
"Hampir semua penduduk di sini memanggilnya kuih mayat. Sehingga hari ini kami masih tidak mengetahui kenapa ia menjadi hidangan pada hari kematian," tambahnya yang menjual kuih serabai pada harga RM0.50 sen sekeping.

Categories: , ,

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!