Latest Stories

Butiran kuliah:



Tarikh: Setiap hari sabtu pertama bg setiap bulan masihi bermula januari 2014
Waktu: selepas solat maghrib
Tempat: dewan solat bawah MSSAAS aka Masjid Negeri Selangor
Info: https://www.facebook.com/masjidssaas atau http://www.mssaas.gov.my/

Biodata Ringkas Penulis Kitab Tafsir Nurul Ihsan:

Nama: Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib
Gelaran: Hj Saaid Mufti
Tahun Lahir: 1854 masihi / 1275 hijrah
Tempat Lahir: Kampong Kuar, Jerlun, Kedah
Jawatan: Khadi Jitra
Tarikh Meninggal: 22 Zulkaedah 1350 bersamaan 9 Mac 1932



Klik sini untuk lihat senarai "playlist" video

MENGENAI PENULIS


Pengenalan Penulis:

Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib dilahirkan pada tahun 1275 Hijrah bersamaan 1854 Masihi di Kampong Kuar, Jerlun, Kedah.

Anak jati Kedah ini merupakan anak yang pertama dari dua orang adik beradik. Adiknya bernama Hj Ismail. Ayahnya di gelar Omar Khatib disebabkan ketokohan beliau memberi ucapan dan menyampaikan khutbah di khalayak ramai. Hj Mohd Saaid adalah pengarang Kitab Tafsir Jawi dan Kitab Tafsir Nurul Ehsan. Kitab kitab tafsir ini masih lagi di gunakan dalam pengajian agama di negeri Kedah.

Perjalanan Hidup:

Walaupun berasal dari Kedah, Hj Mohd Saaid beliau telah menjelajah beberapa tempat semasa hayatnya. Beliau berpindah ke Changkat, Krian, Perak dan kemudiannya ke Sungai Acheh sehingga tahun 1312 hijrah. Beliau mendapat pendidikan di Patani dan juga di Mekah dan pernah di gelar Lebai Saaid.

Semasa di Changkat beliau telah membuka sekolah pondok dan mengajar di sana. Ketika diChangkat,beliau berkahwin dengan isteri pertama bernama Fatimah dan hasil perkongsian itu menghasilkan tiga orang anak iaitu: Hj Mahmud, Hj Muhammad dan Hj Ahmad. Isterinya meninggal dunia dalam usia yang muda. Kemudian beliau berkahwin dengan isteri keduanya Hjh Rahmah dari Pulau Mertajam dan mendapat lima orang anak: Abd Hamid, Hj Omar, Sofiah dan Fatimah.

Beliau berhijrah ke Kampung Kedah sebab serangan Siam keatas negeri Kedah. Ketika di Kampung Kedah beliau mengajar dipondok dan mengerjakan sawah. Disini juga beliau berkahwin dengan isteri yang ketiga Hjh Hamidah dan dianugerahkan mereka sepuluh orang anak: Hj Mustaffa, Hj Kassim,Cik Hassan,Hj Mohd Akib, Hj Hussain,Hjh Asma,Hjh Mariam,Siti Hajar,Hj Mansor dan Hj Nasir.

Pada suatu hari ketika beliau mengerjakan sawah, perwakilan dari Tengku Mahmud meminta supaya beliau pulang semula ke Kedah dengan alasan kenapa orang Kedah perlu menetap di Perak.

Kemudian beliau pulang ke Kedah dan diberi sebidang tanah di Kanchut. Beliau diberi jawatan Guru di Raja - mengajar anak anak raja. Di antara pelajaran yang diajarnya ialah tafsir.

Selepas itu beliau diberi jawatan sebagai Khadi di Jitra dan di gelar Hj Saaid Mufti. Beliau bergiat menyebarkan risalah Islam dan megajar di surau dan masjid masjid. Beliau juga telah mengarang sebuah kitab Tafsir dan kitab Fatwa yang diberi nama 'Fatwa Kedah'. Sultan juga memberi galakan kepada beliau dalam bidang penilisan.

Karya Karya:

Walaupun bilangan kitab yang dikarang tidaklah berapa banyak, namun dari sudut kualitinya tidak boleh dipertikaikan. Seorang pengkaji pernah mengikhtiraf bahawa kitab Tafsir Nurul Ehsan merupakan kitab Jawi yang terbaik di Asia Tenggara.Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mekah dan dengan izin kerajaan negeri Kedah ianya dicetak di Pulau Pinang. Kitab tafsir Nurul Ehsan sekarang berada pada warisnya Hj Abdul Hamid Hj Ahmad. Karya beliau yang kedua ialah kitab Fatwa Kedah. Kitab ini mengandungi fatwa fatwa berkaitan dengan hukum nikah cerai. Kitab tersebut pada asalnya akan diserahkan kepada imam imam, namun masih berada di tangan kerajaan negeri Kedah dan tidak dibenar dicetak.

Sifat Peribadi:

Beliau merupakan seorang yang mengambil berat tentang ilmu pengetahuan dan mendidik anak anaknya membaca dan menghafaz. Inilah yang dilakunya setiap malam sebelum tidur.

Beliau sangat mengambil berat tentang soal agama dan bahasa Arab. Beliau menghantar anak anaknya,terutama lelaki belajar diMekah. Kebanyakan anaknya dapat menguasai bahasa Arab dan mengajar agama di sekolah Arab dan sekolah menengah kebangsaan.

Beliau seorang yang tidak bercakap banyak dan bercakap hanya mengenai perkara yang penting sahaja. Dengan perwatakan sedemikian anak anak dan masyarakat setempat menghormati beliau dan disegani dengan sikapnya itu. Walaupun sibuk dengan tugas harian, beliau selalu meluangkan masa untuk menelaah serta membaca kitab.

Ia merupakan seorang mempunyai prinsip yang tersendiri dan setiap apa yang akan dilakukan berdasarkan kepada syariat agama. Begitu juga sifatnya yang lemah lembut dan mudah berbicara disenangi ramai. Kemabali ke Rahmatullah

Pada usia 75 tahun beliau masih lagi berkhidmat sebagai khadi. Ketika itu beliau mengidap penyakit lenguh sebelah badan dan untuk merubat beliau dibedah.

Selepas itu beliau dibawa pulang kepangkuan isterinya Hjh Rahmah di Jitra. Setelah beberapa hari berada di sana, beliau kembali ke Kanchut, bersama isterinya Hjh Hamidah.

Pada hari Rabu, selepas Asar, 22 Zulkaedah 1350 bersamaan 9 Mac 1932 Hj Mohd Saaid kembali ke Rahmatullah dan dikebumikan di Masjid Alor Merah, Alor Star.

Categories: , ,

One Response so far.

  1. Casino City, NJ 08401 - Mapyro
    A map 속초 출장샵 showing Harrah's Casino, 상주 출장안마 777 Harrah's Blvd, 777 Harrah's Blvd, 777 Harrah's 고양 출장샵 Blvd, 777 Harrah's 포항 출장마사지 Blvd, 영주 출장안마 777 Harrah's Blvd, 777 Harrah's

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!