Latest Stories



Tajuk: Azam Ramadan Su
Saluran: TV3
Hari: Isnin & Khamis
Masa: 12.30 pm

Drama bersiri ini mengisahkan seorang ibu berkerjaya, berazam mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Su (Rita Rudaini) dikurniakan dua orang anak Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su ialah seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa nanti. Berjayakah Su?

Jangan lupa saksikan Drama Azam Ramadan Su Episode 1 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. Drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha, Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.












Tag:
azam ramadan su
rita rudaini
ramadhan
drama ramadhan
ramadhan 2014
faizal husin

Categories: , ,

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!